99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Presiden Xi Bertemu dengan Perdana Menteri Fiji

(CRI)Jumaat 17 November 2023

Prinsip "Satu China" adalah asas politik bagi perkembangan hubungan China-Fiji. Apabila isu kepentingan teras dan keprihatinan utama disentuh, adalah diharapkan bahawa Fiji terus memberi sokongan kepada China, yang juga akan menyokong Fiji dalam usaha memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayahnya.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri Fiji, Sitiveni Rabuka di San Francisco pagi 16 November, waktu tempatan.

Xi berkata, China bersedia memperhebat kerjasama dengan Fiji dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), dengan merangkumi bidang infrastruktur, pertanian, perhutanan, perikanan dan sumber tenaga boleh baharu demi pembangunan sosioekonomi Fiji. Sementara itu, China juga bersedia merancakkan pengimportan produk Fiji, menyokong perusahaan China melabur di Fiji, dan menggalakkan lebih ramai warga negara China melancong ke negara kepulauan itu.

Sitiveni Rabuka menegaskan negaranya mengekalkan pelaksanaan prinsip "Satu China" dan menyifatkan China negara yang luar biasa kerana sentiasa mengamalkan prinsip yang sama rata antara negara besar dengan negara kecil. Pihaknya mengagumi pimpinan Presiden Xi dan menanti-nantikan China memainkan peranan lebih penting dalam menangani hal ehwal antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan