99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China akan Perkasakan Keterbukaan, Mudahkan Akses Pasaran, kata Li

(CRI)Isnin 06 November 2023

China akan terus memperkasakan keterbukaan pasaran dan menarik balik semua sekatan terhadap pelaburan asing dalam sektor pembuatan di negara ini.

Demikian ujar Perdana Menteri Li Qiang ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao yang diadakan di Shanghai hari ini.

Li menyatakan bahawa China yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 1.4 bilion dan golongan berpendapatan sederhana sebanyak lebih 400 juta, mempunyai potensi besar dari segi permintaan pasaran. China sanggup berkongsi peluang pasarannya dengan dunia.

"China akan secara aktif meluaskan import, menggalakkan pembangunan terselaras dalam dagangan barangan dan perkhidmatan, melaksanakan senarai negatif perdagangan perkhidmatan rentas sempadan, di samping menyokong inovasi dalam format dan mod perdagangan luar, serta mendorong pembangunan perdagangan digital," kata Li.

Beliau menyatakan bahawa jumlah import barangan dan perkhidmatan di negara ini dijangka akan merekodkan USD17 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Video

Berita Berkaitan