- Lain-lain
Pengawal Pantai China Berhak Jalankan Penguatkuasaan di Perairan China
Pulau Diaoyu dan kepulauan di sekitarnya merupakan wilayah China. Tindakan kapal milik sayap kanan Jepun memasuki kawasan perairan tersebut secara haram telah menceroboh kedaulatan China.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang beberapa kapal Jepun memasuki kawasan perairan Pulau Diaoyu secara haram, dan pasukan pengawal pantai China menjalankan kawalan berdasarkan undang-undang, pada Rabu.
Menurutnya, jurucakap Jabatan Pengawal Pantai China (CCG) telah memberikan taklimat tentang perkara tersebut. Kapal pengawal pantai China menjalankan penguatkuasaan adalah langkah yang sah untuk membela kedaulatan negara. Pihak berkenaan dari Jepun diingat supaya menghentikan provokasi bagi mengelakkan situasi daripada menjadi lebih rumit.
- Wartawan Eurasia Rasai Debaran pada Ketinggian 370 Meter di Guizhou
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI