99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Plot AS Sokong Provokasi Filipina di LCS

(CRI)Selasa 24 Oktober 2023

China menunjukkan ketidakpuasan hati malah pertentangan sekeras-kerasnya terhadap plot Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang menyiarkan kenyataan yang membelakangi undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB mengenai Perundangan Laut (UNCLOS) tanpa mengambil kira fakta yang sebenar, memfitnah tindakan pasukan penguatkuasa China di perairan berhampiran Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha, dan menyokong Filipina mencetuskan provokasi.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media semalam.

"Terumbu Ren'ai adalah bahagian Kepulauan Nansha yang tidak boleh dipisahkan dari segi geologi, ekonomi, politik mahupun sejarah. Ini merupakan persepakatan luas dalam masyarakat antarabangsa, dan sejajar dengan UNCLOS dan Piagam PBB. Kedaulatan wilayah adalah asas dan prasyarat bagi kepentingan maritim. Apa jua pendirian dan kelakuan yang menafikan kedaulatan sesebuah negara melalui menuntut kepentingan maritim, adalah tidak berasas dari segi undang-undang. Apa yang disebut keputusan dalam kes timbang tara Laut China Selatan (LCS) adalah haram dan tidak dapat berkuatkuasa," kata beliau.

Mao Ning menambah, provokasi Filipina yang bersifat mencabul tidak terlepas daripada sokongan AS. Pada suatu masa yang jauh sebelum ini, China dan Filipina pernah hidup secara damai berdasarkan persefahaman yang tercapai berhubung situasi di terumbu berkenaan. Bagaimanapun, Washington sengaja 'mengendors' provokasi Filipina pada tahun ini, menyokong Filipina membaikpulihkan satu kapal perang miliknya yang bersarang di perairan terumbu Ren'ai, bahkan menghantar pesawat dan kapal perang dalam tindakan koordinasi dengan Filipina, serta berulang kali menyebut Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina bagi mengancam China.

Video

Berita Berkaitan