99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Inovasi Hembus Nafas Baru kepada Seramik Jingdezhen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 Oktober 2023

Hu Xiaoyun dan suami menyusun ciptaannya di sebuah gerai di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China, 12 Oktober 2023. (Xinhua/Zhu Yunuo)

Hu Xiaoyun dan suami menyusun ciptaannya di sebuah gerai di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China, 12 Oktober 2023. (Xinhua/Zhu Yunuo)

Dengan rupa seperti cawan kertas pakai buang yang cacat bentuk, sebuah cawan seramik menjadi sensasi sebaik sahaja dipertontonkan kepada khalayak ramai. Lekak-lekuk pada permukaan cawan menjadikannya mudah dipegang, dan warna putih cerah menyerlahkan kecantikan yang wujud dalam kesederhanaan.

Hu Xiaoyun, seorang lepasan jurusan lukisan Universiti Seramik Jingdezhen, merupakan pereka siri tersebut yang sudah menyaksikan lebih 10,000 unit dijual setakat ini. Kata pemudi itu, falsafahnya yang menolak penggunaan cawan pakai buang dijadikan sumber inspirasi bagi rekaannya.

“Saya harap lebih ramai orang yang akan gemar ciptaan saya ini, supaya dapat mengurangkan penggunaan cawan pakai buang,” kata Hu, yang berusia 25 tahun.

Jingdezhen dikenali sebagai “ibu kota porselin”, terletak di provinsi Jiangxi, timur China. Sejarah ketukangan seramik Jingdezhen sudah menjangkau lebih 2,000 tahun.

Di sini, teknik penghasilan seramik tradisional sudah disatukan dengan rekaan kreatif moden, suatu gabungan yang membawa kepada inovasi berterusan dalam pengeluaran produk seramik. Pelbagai produk inovatif keluaran tempatan telah berjaya menambat hati pengguna muda dan menyuntik kedinamikan baharu kepada “ibu kota porselin” ini.

Orang ramai mengunjungi sebuah pameran seni terbuka sempena Ekspo Seramik Antarabangsa Jingdezhen China 2023 di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China, 17 Oktober 2023. (Xinhua)

Orang ramai mengunjungi sebuah pameran seni terbuka sempena Ekspo Seramik Antarabangsa Jingdezhen China 2023 di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China, 17 Oktober 2023. (foto/Xinhua)

Di sebuah pameran seni terbuka yang diadakan sempena Ekspo Seramik Antarabangsa Jingdezhen China 2023 pada Rabu hingga Ahad, para pengunjung terpesona dengan deretan produk seramik unik termasuk lilin wangi, anting-anting, rantai dan stereo. Pelanggan, antaranya ramai yang datang dari bandar-bandar lain, berkunjung ke Jingdezhen untuk membeli-belah dan jarang sekali pulang dengan tangan kosong.

Sun Lixin, pewaris warisan budaya tidak ketara bagi pembuatan porselin biru putih tradisional Jingdezhen menyatakan bahawa perkembangan kota itu bukan sahaja memerlukan pewarisan semangat ketukangan, tetapi juga inovasi.

“Ketukangan seramik harus diintegrasikan dengan idea-idea inovatif dan ciri-ciri kemodenan. Hanya melalui cara ini barulah dapat kita menurunkan seni ketukangan ini dari generasi ke generasi mengikut peralihan zaman,” kata Sun.

Foto yang diambil pada 17 Oktober 2023 ini menunjukkan pasu-pasu seramik yang dihasilkan oleh seorang pereka muda di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (foto/Xinhua)

Foto yang diambil pada 17 Oktober 2023 ini menunjukkan pasu-pasu seramik yang dihasilkan oleh seorang pereka muda di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan