99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Filipina Didesak Hentikan Provokasi di Perairan Terumbu Ren'ai

(CRI)Isnin 23 Oktober 2023

Langkah wajar yang diambil Pengawal Pantai China (CCG) terhadap kapal Filipina adalah berdasarkan undang-undang domestik dan antarabangsa, prosedur profesional dan sikap toleransi, dan bertujuan membela keutuhan wilayah dan kedaulatan negara.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China semalam susulan dua kapal awam dan dua lagi kapal pengawal maritim Filipina menyerbu perairan sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha, bahkan melanggar kapal CCG dan kapal nelayan China dengan cara berbahaya pada hari yang sama.

"Kelakuan Filipina menugaskan satu kapal perang yang uzur sengaja bersarang di perairan Terumbu Ren'ai dilihat mencabuli keutuhan dan kedaulatan China. Filipina pernah menyatakan berulang kali akan menarik balik kapal perang terbabit dalam tempoh 24 tahun yang lalu, tetapi nampaknya hanya cakap kosong sahaja."

"Pada masa sekarang, Filipina menunjukkan gimiknya mahu menduduki terumbu berkenaan secara berkekalan menerusi pembaikpulihan dan perkukuhan kapal itu. China bersikap sabar dan toleransi dalam menangani isu terumbu Ren'ai dan sudi mengekalkan interaksi dengan Filipina dalam pelbagai peringkat dan saluran."

"Namun, Manila tetap sengaja mencetuskan provokasi dengan menghantar kapalnya secara berturut-turut tanpa mengambil kira kebaikan hati dan keikhlasan Beijing, menyebarkan maklumat palsu, mencerobohi perairan China, dan melanggar undang-undang antarabangsa dan Datalaku Pihak-pihak Berkenpentingan di Laut China Selatan, yang dilihat sudah menjadikan kedamaian dan kestabilan serantau terjejas, dan mengundang ketidakpuasan dan penentangan keras dari China," kata jurucakap itu.

Filipina digesa sekali lagi mengambil kira keprihatinan China.

Pendirian China adalah konsisten dalam mengambil langkah wajar bagi membela keutuhan wilayah, kedaulatan negara dan kepentingan maritim.

Video

Berita Berkaitan