99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, PBB Galakkan Pembinaan Bersama Berkualiti Tinggi dalam Kerangka BRI

(CRI)Khamis 19 Oktober 2023

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah rakan penting dalam pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). China bersedia berusaha bersama dengan agensi PBB menggerakkan pembinaan berkualiti tinggi dalam kerangka BRI demi menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam Rabu.

"Mendepani ancaman dan cabaran global pada masa ini, masyarakat antarabangsa perlu bersatu-padu dan bekerjasama, dan menumpukan perhatian lebih besar terhadap isu pembangunan.

"Saranan yang saya kemukakan untuk membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan, bertujuan mencari pendekatan yang tepat untuk mengatasi cabaran sejagat melalui koordinasi pelbagai pihak, sedangkan BRI dan Inisiatif Pembangunan Sejagat (GDI) adalah untuk mencetuskan tenaga positif dengan sebanyak mungkin untuk menggalakkan pembangunan bersama pelbagai negara sekali gus membantu melancarkan pelaksanaan Agenda Mampan 2030 PBB dan memastikan negara mana-mana pun tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, kata Xi.

"China menyokong tugas PBB dan Setiausaha Agung Guterres, bersedia mengeratkan kerjasama dengan agensi PBB untuk mempergiatkan amalan multilateralisme dan membentuk multipolar dunia, menggerakkan tadbir urus dunia berkembang ke arah lebih adil dan rasional,” tambah beliau.

Guterres pula menyatakan bahawa cadangan yang diumumkan Presiden Xi dalam BRF edisi ketiga untuk memacu pelaksanaan BRI ke arah berkualiti tinggi dari lapan aspek, sangat bertepatan dengan tujuan dan sasaran PBB, dan kondusif bagi negara membangun mempercepat langkah dalam pembangunan domestinya.

Tambah beliau, PBB menyanjung tinggi pendirian China yang teguh memelihara amalan multilateralisme, menyokong tiga inisiatif anjuran Xi yang melibatkan lingkungan global, dan komited memperhalusi kerjasama dengan China.

Video

Berita Berkaitan