99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Presiden Xi Ditemui PM Ethiopia

(CRI)Rabu 18 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, pada 17 Oktober.

Semasa pertemuan, Xi berkata kedua-dua pihak harus mengambil peluang daripada penjalinan perkongsian strategik sepanjang masa untuk memperkukuh lagi ikatan muhibah dan rasa saling percaya serta memperkasa kerjasama pragmatik.

Beliau ingin melihat hubungan dua hala terus dimantapkan dengan meraih lebih banyak hasil, sekali gus menjadi kawan baik yang maju bersama dan menjalin kerjasama saling untung.

Xi juga berharap dua negara itu menjadi rakan kongsi yang menyumbang kepada usaha menggalakkan perpaduan dan kolaborasi Selatan-Selatan, dan mempertahankan keadilan antarabangsa.

Presiden itu berjanji, China akan menyokong dan mengambil bahagian dalam pembangunan semula Ethiopia pasca perang dan pemulihan ekonomi negara itu.

China juga akan meningkatkan kerjasama dengan Ethiopia dalam pembangunan hijau dan melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global demi membantu negara itu mencapai pembangunan.

Dalam pada itu, Abiy berkata pelaburan China terutamanya usaha sama berorientasikan BRI merangsang pembangunan sosioekonomi Ethiopia.

Beliau turut meluahkan hasrat ingin mempererat lagi kerjasama dengan China dan menjemput lebih banyak syarikat China menanam modal di negara itu.

Video

Berita Berkaitan