99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menteri Luar China, Iran Bincangkan Situasi Palestin-Israel

(CRI)Selasa 17 Oktober 2023

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran, Amir Abdollahian seperti yang dijadualkan pada Ahad lalu.

Amir Abdollahian menyatakan bahawa situasi Asia Barat amat bahaya pada masa ini dan peperangan terbabit beransur-ansur menjadi dahsyat. Semestinya mengambil tindakan untuk menghalang serangan yang menyasarkan penduduk awam bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan di Gaza.

Iran bersedia meningkatkan komunikasi dengan China dan pihaknya berharap agar isu berkenaan ditangani secara politik.

Wang Yi menyatakan bahawa tugas mendesak buat masa sekarang adalah berusaha meredakan ketegangan dalam situasi semasa, mengelakkan malapetaka kemanusiaan yang serius yang boleh membawa kematian dan kecederaan penduduk awam yang tidak berdosa dalam bilangan besar daripada berlaku di Gaza, yang dilihat boleh menjadikan kedamaian serantau terjejas dan proses damai Asia Barat menemui jalan buntu.

"Menjalankan hak membela diri perlu mentaati undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk menjamin keselamatan orang awam dan tahanan. Membalas tindakan ganas dengan mengambil tindakan ganas hanya akan mengundang krisis yang lagi serius, ujar Wang.

"China menyokong perpaduan negara-negara Islam dalam isu Palestin dan mengeluarkan suara yang bersepakat. Masyarakat antarabangsa diharap bertindak menentang mana-mana pihak pun yang menyasarkan orang awam dalam operasi ketenteraannya. Serentak itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terutamanya Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab dan memainkan peranan yang wajar, tambah beliau.

Wang menekankan, "Hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negaranya diabaikan, hak hidup mereka tidak dapat dilaksanakan dan hak untuk balik kampung halaman pun diabaikan sejak sekian lama, merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan situasi Palestin-Israel berkembang pada tahap sekarang. Ketidakadilan dalam sejarah ini harus berakhir dengan secepat mungkin. China akan terus berada di sisi keamanan dan keadilan, menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membela nasib serta hak nusa dan bangsa."

Video

Berita Berkaitan