99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Alat Muzik Tradisional Indonesia Kolintang Tampil di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 Oktober 2023

Gala budaya anjuran Kedutaan Besar Indonesia di China bersama Purnomo Yusgiantoro Center (PYC) yang bertajuk “The Beautiful Culture of Indonesia Goes to Beijing” dianjurkan di Central Conservatory of Music di Beijing, dihadiri hampir 500 orang penonton.

Duta Besar Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun memberi ucapan pada acara. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Duta Besar Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun memberi ucapan pada acara. (Foto ihsan KBRI Beijing)

“Kami berharap pertunjukan ini dapat menyokong diplomasi ‘second track’ Indonesia di China,” ujar bekas Menteri Tenaga dan Sumber Mineral dan Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro, yang juga salah seorang pengasas pertunjukan itu.

Duta Besar Indonesia, Djauhari Oratmangun turut berkata pertunjukan ini berperanan penting dalam mempromosi budaya Indonesia serta mempererat hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Djauhari Oratmangun dan isterinya Sih Elsiwi Handayani Oratmangun menyanyikan lagu Cina Yue Liang Dai Biao Wo De Xin. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Djauhari Oratmangun dan isterinya Sih Elsiwi Handayani Oratmangun menyanyikan lagu Cina Yue Liang Dai Biao Wo De Xin. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Artis Indonesia memainkan alat muzik tradisional kolintang. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Artis Indonesia memainkan alat muzik tradisional kolintang. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Artis Indonesia mempersembahkan tarian tradisional Indonesia. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Artis Indonesia mempersembahkan tarian tradisional Indonesia. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Gala itu membuka tirai dengan Lagu Rayuan Pulau Kelapa. Djauhari Oratmangun dan isterinya Djauhari Oratmangun menyanyikan lagu Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin dengan iringan muzik kolintang. Artis dari Persatuan Insan Kolintang Nasional Indonesia pula memainkan lagu Cina, Tian Mi Mi dengan alat muzik kolintang. Selain itu, turut dipersembahkan tarian tradisional Indonesia termasuk Saman, Gandrung, Zapin dan Cenduk Menur.

PYC menyerahkan kolintang secara simbolis kepada Central Conservatory of Music. (Foto ihsan KBRI Beijing)

PYC menyerahkan kolintang secara simbolis kepada Central Conservatory of Music. (Foto ihsan KBRI Beijing)

Pada acara itu, berlangsungnya penyerahan kolintang secara simbolik daripada PYC kepada Central Conservatory of Music yang diwakili profesor An Ping, yang juga pengasas kurikulum muzik dan tarian tradisional Indonesia di universiti itu.

Penganjuran acara juga adalah dengan sokongan PT Sumber Suria Daya Prima, Rumah Budaya Nusantara Puspo Budoyo, Persatuan Insan Kolingtang Nasional Indonesia serta kampus Central Conservatory of Music.

Video

Berita Berkaitan