99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lawatan Rasmi Li Xi di Mesir

(CRI)Selasa 26 September 2023

Anggota tetap Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Suruhanjaya Disiplin Pusat PKC, Li Xi telah mengadakan lawatan rasmi di Mesir pada 23 hingga 25 September lalu.

Dalam pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi di Kaherah, Li telah menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping. Menurut Li, China akan melaksanakan kata sepakat penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dengan Wawasan 2030 anjuran Mesir demi pembangunan bersama. Selain itu, kedua-dua pihak akan terus saling menyokong dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan teras. Li berharap kedua-dua negara dapat meningkatkan interaksi antara Parti dan kerjasama dalam bidang anti-rasuah supaya dapat menambah elemen baharu ke perkongsian strategik komprehensif China-Mesir.

Li mengucapkan tahniah kepada Mesir yang dijemput mengambil bahagian dalam mekanisme kerjasama negara BRICS, dan bersedia bersama Mesir meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI, Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Tamadun Global (GCI) supaya mendorong pembangunan dunia dalam suasana aman di samping membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Abdel Fattah al Sisi pula meminta Li menyampaikan salam kepada Presiden Xi, dan menyatakan bahawa Mesir dan China telah mencapai hasil yang memuaskan dalam kerangka kerjasama BRI. Dengan adanya sokongan dari China, Zon Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Suez berkembang makmur sehingga menjadi pendorong kuat bagi proses perindustrian negara itu.

Menurut beliau, Mesir yang mempunyai lokasi yang strategik dan sumber tenaga insan yang pelbagai, bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang infrastruktur, pertanian, pelancongan dan kewangan, dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di negaranya.

Dalam pertemuan tersebut, Abdel Fattah al Sisi juga menekankan pendirian Mesir tentang prinsip Satu China, dan mengucap terima kasih kepada China yang menyokong Mesir menyertai BRICS, di samping menyanjung tinggi dan menyokong tiga inisiatif global anjuran Presiden Xi. Diharapkan China akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani hal ehwal antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan