99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kenderaan China Makin Laku di Seluruh Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 Ogos 2023

Menginjak lantai di BAIC Foton di Beijing, terlihat pelbagai kenderaan disusun dengan teratur di ruang pameran. Kenderaan ini bukan sahaja laku di China, tetapi juga di serata pelosok bumi, demikian maklum BAIC. Jenama “VAN” dari BAIC telah menjadi jenama utama dalam pengangkutan awam di Afrika Selatan. Pada Jun lalu, X55 yang dibangunkan oleh BAIC mendapat anugerah “Car of the year” dalam kategori “family”.

Menurut Osama Abu al-Magd, ketua Persatuan Peniaga Automobil di Mesir, pengguna Afrika tertarik dengan kualiti kereta China. Syarikat China melancarkan kereta yang lebih sesuai dengan keperluan pengguna tempatan, menawarkan skim pembayaran ansuran serta perkhidmatan selepas jualan yang lebih prihatin, meningkatkan lagi daya saing jenama.

Pada masa ini, kereta China semakin popular bahkan di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, sudah banyak pengguna mengunjungi kedai pengalaman (experience store) jenama kereta China di Bangkok, Thailand, sebelum dibuka secara rasmi. Di Asia Tengah pula, dapat dilihat bas tenaga baharu dan kereta jenama China di merata-rata Tashkent, ibu negara Uzbekistan. Di Timur Tengah pula, syarikat pelaburan milik kerajaan di Abu Dhabi, UAE telah pun membuat pelaburan terhadap jenama kereta China. Di Amerika Selatan, jenama China seperti Maxus, Chery, Great Wall telah menjadi pilihan utama pengguna tempatan.

Selepas mengeksport lebih dua juta kereta pada tahun 2021 dan tiga juta pada 2022, China Passenger Car Association (CPCA) menganggarkan angka ini akan melebihi empat juta tahun ini. China berada di landasan untuk menjadi pengeksport kereta terbesar dunia. Hanya dengan membuka aplikasi video, dapat lihat pengguna dari negara yang berbeza berkongsi pengalaman memandu kereta jenama China.

Sekian lamanya, industri kenderaan amat diambil berat oleh kuasa-kuasa besar sektor pembuatan. Tahun-tahun kebelakangan ini, industri kenderaan China mencapai kemajuan yang besar dan melangkah ke pasaran dunia, terutamanya dalam bidang kereta elektrik. Adalah diyakini bahawa industri kereta China bakal membawa lebih banyak kejutan kepada pengguna di seluruh dunia.

Kereta XPeng, jenama China yang dipamerkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa China (Tianjin). (Xinhua/Zhao Zishuo)

Kereta XPeng, jenama China yang dipamerkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa China (Tianjin). (Xinhua/Zhao Zishuo)

Video

Berita Berkaitan