99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Artikel Xi Diterbitkan di Media Afrika Selatan

(CRI)Selasa 22 Ogos 2023

Artikel oleh Presiden Xi Jinping bertajuk "Melayarkan Kapal Gergasi Persahabatan dan Kerjasama China-Afrika Selatan Menuju ke Kejayaan Lebih Besar" diterbitkan melalui beberapa media Afrika Selatan hari ini, sempena lawatan rasmi beliau ke Afrika Selatan dan kehadirannya pada Sidang Kemuncak BRICS ke-15 di Johannesburg.

Artikel beliau diterbitkan di akhbar The Star, Cape Times, The Mercury, dan Independent Online.

"Atas undangan Presiden Matamela Cyril Ramaphosa, saya akan mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan dan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-15. Ini kali keenam lawatan saya ke 'negara pelangi'."

"Setiap kali kunjungan ke Afrika Selatan akan membwa pengalaman berbeza. Apa yang paling menyentuh hati adalah persahabatan persaudaraan antara rakyat kedua-dua negara,'" ujar Xi dalam artikelnya.

Menurut beliau, sejak terjalinnya hubungan diplomatik selama 25 tahun, hubungan antara China dengan Afrika Selatan dilonjakkan dari perkongsian ke perkongsian strategik, hingga ke tahap perkongsian strategik komprehensif. Hubungan ini menjadi salah satu hubungan dua hala yang paling berdinamik antara negara-negara membangun.

Xi menegaskan bahawa China dan Afrika Selatan perlu menjadi teman yang berkongsi ideal sama, peneraju perpaduan dan kerjasama, pewaris persahabatan China-Afrika, dan pembela kepentingan bersama.

"Satu lagi agenda penting lawatan saya ke Afrika Selatan kali ini adalah menghadiri Sidang Kemuncak BRICS."

"Pada masa ini, semakin banyak negara mengetuk pintu BRICS, menzahirkan aspirasi untuk menganggotai kerjasama BRICS. Ini sekali gus mencerminkan daya hidup yang kuat dan pengaruh mekanisme kerjasama tersebut," kata Xi dalam artikelnya.

Beliau menyatakan bahawa China komited berganding bahu dengan rakan-rakan berkaitan untuk mempertahankan semangat BRICS yang terbuka, inklusif, kerjasama dan sama menang, membela kesamarataan dan keadilan antarabangsa, mendorong masyarakat antarabangsa menumpukan semula isu pembangunan, membimbing mekanisme kerjasama BRICS memainkan peranan yang lebih penting dalam sistem tadbir urus global dan bersuara lebih lantang di persada antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan