- Lain-lain
China, Singapura Komited Majukan Lagi Kerjasama
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi, hari ini.
Wang berkata hubungan China-Singapura dinaik taraf kepada perkongsian berorientasikan masa depan berkualiti tinggi secara menyeluruh pada Mac, sekali gus membuka prospek baharu untuk kerjasama saling untung yang bertaraf tinggi antara kedua-dua pihak.
Tegas beliau, pembangunan China menjadi pengukuh bagi kekuatan kedamaian dan unsur kestabilan. Ia bakal memberi manfaat dan peluang pembangunan kepada dunia khususnya negara jiran.
Sementara itu, Lee berkata Singapura menghargai keazaman dan kesungguhan China dalam memacu pemodenan negara, dan komited memperkasa kerjasama dengan China serta meneroka masa depan baharu untuk hubungan dua hala.
Beliau juga menzahirkan sokongan Singapura terhadap pemerkasaan kerjasama ASEAN-China demi bersama menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.
Dalam tempoh lawatan di republik itu, Wang juga bertemu secara berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Menteri Luar Vivian Balakrishnan.
- Wang Yi Mulakan Lawatan ke Tiga Negara Asia Tenggara Hari Ini
- PM China Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- Wang Yi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- Xi Zahir Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-58 Republik Singapura
- China Sambung Semula Dasar Kemasukan Tanpa Visa Bagi Warganegara Singapura
- Shanghai, Singapura Tandatangani MOU Kerjasama ETF
- China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran
- Syarikat Singapura Optimis akan Pemulihan Pasaran China
- Perbualan Telefon Menteri Luar China-Singapura
- Xi Jinping Bertemu PM Singapura Lee Hsien Loong