99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

E-Sukan Makin Hangat Menjelang Sukan Asia Hangzhou, Wanita Makin Diperkasa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 31 Julai 2023

Peminat e-sukan menonton permainan di stadium e-sukan Sukan Asia Hangzhou pada 2022.

Peminat e-sukan menonton permainan di stadium e-sukan Sukan Asia Hangzhou pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Menjelang Sukan Asia Hangzhou yang bakal membuka tirai, e-sukan yang telah disenaraikan sebagai acara rasmi semakin menjadi perhatian.

Statistik Google Trends, carian “Esports” (e-sukan) menunjukkan peningkatan berterusan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Kepopularan e-sukan kini tidak terhad kepada negara atau rantau tertentu, sebaliknya seluruh dunia.

Mengambil kesempatan trend itu, syarikat permainan China juga mempercepat langkah untuk menjangkau pasaran global dengan penglibatan dalam pembinaan sistem liga pertandingan e-sukan, bekerjasama dengan organisasi e-sukan antarabangsa dan menginovasi mekanisme pertandingan e-sukan.

Tersenarainya e-sukan sebagai acara rasmi Sukan Asia telah memperkasakan peranannya untuk menggalakkan pertukaran antarabangsa. Hasil tinjauan menunjukkan lebih 50% netizen dari negara Asia percaya bahawa hal ini bakal menyumbang kepada pemahaman pelbagai negara, pertukaran budaya antarabangsa, pelancongan rentas sempadan di kalangan peminat e-sukan dan sebagainya.

Tiga daripada tujuh acara e-sukan yang tersenarai sebagai acara rasmi dibangunkan oleh syarikat China, iaitu Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dream Three Kingdoms 2 dan PUBG Mobile (versi Sukan Asia), yang telah menyerapkan unsur budaya China.

Peranan golongan wanita juga semakin penting dalam bidang e-sukan. Laporan menunjukkan bahawa masa menonton pertandingan e-sukan telah meningkat 1.5 kali ganda di kalangan wanita. Semakin ramai wanita terlibat dalam bidang ini.

Jelajah Juara VALORANT (VCT) telah melancarkan VCT Game Changers yang memberi peluang kepada golongan wanita untuk mengikuti liga profesional e-sukan. Kelab-kelab e-sukan turut mengambil serius tentang pembentukan pasukan wanita. Di China, terdapat pula kategori wanita bagi liga profesional Arena of Valor dan jumlah peserta pada 2022 telah meningkat satu kali ganda berbanding 2021.

Statistik Esports Charts menunjukkan bahawa, pasaran e-sukan wanita tumbuh pesat pada 2022. Jumlah masa tontonan pertandingan kategori wanita mencatat 23.76 juta jam, iaitu meningkat 1.5 kali ganda berbanding tahun sebelumnya Antaranya acara yang paling diminati para penonton adalah Valorant, Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan CS:GO.

Sementara itu pemain wanita juga semakin bersinar di arena antarabangsa. Misalnya, Sukan Asia Tenggara telah menganjurkan pertandingan e-sukan kategori wanita. Masa ini, terdapat juga calon wanita dalam pasukan latihan negara China.

Keterlibatan wanita dalam bidang e-sukan adalah bersifat luas, daripada penyampai strim, pemain hinggalah pengurus, jurulatih dan pegawai operasi. Nilai komersialnya dijangka akan semakin terserlah, menyuntik momentum baharu kepada bidang e-sukan.

Berita Berkaitan