99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Laluan Penerbangan Langsung Beijing-Hotan Dibuka

(CRI)Khamis 27 Julai 2023

Pesawat CA9661 kendalian syarikat penerbangan Air China selamat mendarat di Lapangan Terbang Kungang Hotan, wilayah Xinjiang pada Selasa, sekali gus menandakan penerbangan langsung antara Beijing dengan Hotan beroperasi secara rasmi.

Difahamkan, laluan penerbangan itu akan mengoperasikan lima penerbangan dua hala seminggu, serta akan memendekkan tempoh perjalanan dari Beijing ke Hotan kepada lima jam sahaja.

Industri pelancongan Hotan dijangka akan turut mendapat kesan limpahan secara mendadak seiring dengan pembukaan laluan penerbangan langsung tersebut.

Menurut statistik, jumlah pelancong domestik ke Hotan untuk tempoh 1 Januari hingga 20 Julai lalu merekodkan 10.89 juta orang, sekali gus menyumbang pendapatan pelancongan sebanyak RMB6.76 bilion (RM4.3 bilion) untuk ekonomi tempatan.

Untuk rekod, jumlah pelancong dan pendapatan sektor pelancongan masing-masing naik lebih 60 peratus, dan ia turut mencerminkan pasaran pelancongan berada dalam trend perkembangan pesat.

Berita Berkaitan