- Lain-lain
Kapal Ekspedisi Saintifik Xuelong-2 Berlepas ke Artik
(CRI)Jumaat 14 Julai 2023
Pasukan ekspedisi saintifik Lautan Artik kali ke-13 China berlepas dari bandar Shanghai dengan menaiki kapal Xuelong-2 dan menuju ke Lautan Artik, pada 12 Julai lalu.
Xuelong-2 buatan China ialah kapal ekspedisi saintifik berfungsi pemecah ais dua hala pertama di dunia. Ia dapat menyeberangi rabung ais setinggi 20 meter, dan memecah ais setebal 1.5 meter dan salji setebal 0.2 meter.
Misi ekspedisi saintifik kali ini terutamanya meliputi sektor pertengahan Lautan Pasifik di Artik dan Permatang Gark.
Xuelong dijangka akan membuat pelayaran kira-kira 15,500 batu nautika dan kembali ke Shanghai pada penghujung September nanti.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang