- Lain-lain
China dan Kepulauan Solomon Tingkatkan Hubungan Dua Hala
Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare, di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Isnin.
Mereka mengumumkan bahawa China dan Kepulauan Solomon secara rasmi menjalin hubungan perkongsian strategik komprehensif yang saling menghormati dan membangun bersama bagi era baharu.
Xi mengatakan, pihaknya memuji tinggi Kepulauan Solomon yang mempertahankan dengan tegas prinsip satu China. Di samping itu, China menyokong Kepulauan Solomon membela kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan serta jalan pembangunan yang dipilihnya.
Xi menegaskan, China ialah pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan sejagat serta pemelihara order antarabangsa. China bersedia berkongsi peluang pembangunan yang dibawa modenisasi ala China, meningkatkan sinergi antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Strategi Pembangunan 2035 Kepulauan Solomon, memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, menambah import agar membantu Kepulauan Solomon mewujudkan pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan berkekalan.
Manasseh Sogavare pula mengatakan, China telah menjadi rakan kerjasama prasarana yang paling besar dan rakan pembangunan yang boleh dipercayai bagi negaranya. Pengalaman kejayaan pengurangan kemiskinan di China amat mengagumkan dan boleh dicontohi oleh dunia. Pihaknya menentang sebarang tindakan yang menyasarkan dan mengekang pembangunan China.