99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pelayaran Perdana Laluan Perkapalan Kontena Brunei-China Bermula

(CRI)Isnin 10 Julai 2023

Sempena ulang tahun ke-5 perkongsian strategik China dan Brunei pada tahun ini, kedua-dua negara menyaksikan perkembangan baharu dalam bidang hubungan infrastruktur dan perdagangan pada saat Brunei melancarkan pelayaran perdana bagi laluan perkapalan kontena dari Pelabuhan Muara negaranya ke Pelabuhan Teluk Beibu Wilayah Guangxi China pada petang Sabtu lalu.

Dilaporkan, pelabuhan-pelabuhan di sepanjang laluan perkapalan itu termasuk Pelabuhan Muara Brunei, Pelabuhan Bintulu Malaysia, Pelabuhan Qinzhou dan Hong Kong China.

Perkhidmatan pengangkutan perkapalan disediakan sekali sebulan dalam tempoh operasi percubaan yang berlangsung selama tiga bulan, dan kemudian ditingkatkan ke sekali dua minggu untuk masa kelak.

Kargo utama yang diangkut dari Brunei ke China meliputi keropok udang, tembikai dan hasil laut, manakala kargo dari China ke Brunei termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan produk pertanian dari wilayah Guangxi, serta barangan perdagangan dari kawasan barat daya China.

Masa pelayaran dari Pelabuhan Teluk Beibu Guangxi ke Pelabuhan Muara hanya memerlukan lima hari dan dari Pelabuhan Muara ke Pelabuhan Teluk Beibu pula memerlukan tujuh hari, dengan adanya laluan perkapalan baharu ini yang menjadikan kos pengangkutan lebih murah kira-kira 30%, serta kepantasan dan kemudahan perkhidmatan berkenaan meningkat dengan ketara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan