- Lain-lain
China Juarai FIBA Women's Asia Cup
Piala Asia Wanita Persekutuan Antarabangsa Bola Keranjang (FIBA) 2023 telah menutup tirainya di Sydney, Australia semalam. Pasukan China menewaskan Jepun dengan 73:71 dalam pertandingan akhir, dan menjuarai lagi piala tersebut selepas ketandusan selama 12 tahun.
Pemain China, Han Xu terpilih sebagai pemain paling bernilai (MVP).
Kejayaan pasukan China dilaporkan tidak terlepas dari perjuangan yang konsisten, dan setiap perincian dalam serangan dan pertahanan yang dijaga dengan baik.
Selain itu, pasukan tuan rumah menumbangkan pasukan New Zealand dengan 81:59, dan menduduki tempat ketiga secara berturut-turut sejak tahun 2019.
Untuk rekod, pasukan China pernah dibenam Jepun sebanyak dua kali dalam pertandingan akhir dalam temasya dua edisi kebelakangan ini.