99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hubungan China-Pakistan Erat dan Kukuh

(CRI)Rabu 21 Jun 2023

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Qin Gang ditemui Pengerusi Majlis Ketua Turus Bersama Tentera Pakistan, Sahir Shamshad Mirza di Beijing pada Selasa.

Qin mengatakan bahawa tentera Pakistan ialah pembela dan penyokong bagi hubungan persahabatan antara China dengan Pakistan. Beliau berharap pasukan tentera Pakistan agar terus memainkan peranannya untuk memelihara ketenteraman di negara itu serta memberikan sumbangan yang besar bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan.

Qin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada tentera Pakistan yang memberi jaminan keselamatan kepada kakitangan dan projek China di negara itu.

Sahir Shamshad Mirza pula mengatakan, hubungan antara Pakistan dan China amat erat dan kukuh. Pihaknya akan terus memberikan jaminan keselamatan kepada pelbagai projek kerjasama dua hala termasuk Koridor Ekonomi China-Pakistan dan pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan