99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

PM Li Qiang Bertemu Presiden Steinmeier

(CRI)Selasa 20 Jun 2023

China mementingkan peranan Jerman dan bersedia untuk bekerjasama dengan Jerman dalam mengekalkan kedamaian, pembangunan dan kerjasama, agar memberikan sumbangan konstruktif kepada kestabilan dan kemakmuran global, serta menyumbangkan lebih banyak faktor kepastian kepada dunia yang dalam perubahan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang dalam pertemuan dengan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, di Berlin, Jerman pada 19 Jun.

Li menyatakan bahawa China amat memberi tumpuan kepada hubungan dengan Jerman. Kunjungan beliau ke Jerman kali ini dan dan bersama-sama Canselor Olaf Scholz untuk mempengerusikan rundingan antara kerajaan China-Jerman kali ketujuh, adalah demi melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua negara, meneroka peluang baharu kerjasama dua hala, dan memperkayakan konotasi hubungan perkongsian strategik komprehensif antara China dan Jerman.

Steinmeier menyatakan bahawa Jerman ingin menjadi rakan kerjasama yang boleh dipercayai bagi China, bersama-sama memelihara liberalisasi perdagangan dan menangani cabaran perubahan iklim.

Beliau menegaskan bahawa Jerman menentang "cantas hubungan" dan konfrontasi antara blok, dan bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan China, agar bersama-sama menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan