99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perjalanan Sulung Pengangkutan Lori-Kereta Api China Myanmar

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Sebuah kereta api kargo muatan bijih tambang besi hasilan Myanmar seberat lebih 1,000 tan bertolak dari Pusat Logistik Pupiao, bandar Baoshan, provinsi Yunnan, China pagi semalam, dan akan tiba Stesen Chengxiang, bandar Chengdu, provinsi Sichuan dua hari kemudian. Ini merupakan perjalanan sulung bagi pengangkutan lori-kereta api China-Myanmar (Myanmar-Pupiao Baoshan-Chengdu), dan juga menandakan bermulanya operasi satu laluan baharu bagi kawasan barat daya China dengan negara ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Baik jarak mahupun masa pengangkutan logistik antara China dengan negara ASEAN dapat dikurangkan banyak melalui operasi laluan baharu tersebut, sekali gus memberi manfaat bagi mendorong pembinaan Koridor Ekonomi China-Myanmar.

Kargo yang berbentuk 32 kontena itu diangkut dari Mandalay, Myanmar melalui jalan raya, kemudian dibawa masuk China dari pintu sempadan Houqiao, bandar Tengchong, provinsi Yunnan, dan akhir diangkut dari Pusat Logistik Pupiao, bandar Baoshan ke bandar Chengdu dengan menggunakan kereta api. Jarak keseluruhan laluan tersebut lebih kurang 2,300 kilometer, sedangkan masa pengangkutan pula kira-kira 5 hari.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan