- Lain-lain
Jepun Digesa Jangan Siarkan Maklumat Palsu Lagi
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan bahawa Jepun tidak pernah melakukan introspeksi tentang keputusan degilnya mahu melepaskan air kumbahan nuklear ke laut, sebaliknya sekali lagi menyiarkan maklumat palsu untuk mengelirukan orang ramai.
Menurut maklumat berkenaan, Keduataan Jepun ke China dalam satu sidang media di Beijing Selasa berhubung isu pelepasan air kumbahan loji janakuasa nuklear Fukushima ke laut, menyatakan bahawa pihaknya merasa kesal kerana China menolak dialog antara pakar kedua-dua negara yang dicadangkannya, dan mendakwa China mahu menjadikan isu ini sebagai alat diplomatik yang menyasarkan Jepun. Mereka menekankan lagi bahawa "air terawat" yang mengandungi tritium yang akan dilepaskan adalah selamat.
Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa Jepun tidak mematuhi prinsip bersikap muhibah dan ikhlas dalam melakukan permesyuaratan tentang isu pengendalian air kumbahan nuklear, dan berulang kali cuba mengelirukan masyarakat antarabangsa. Kalau “air terawat” tersebut adalah selamat, Jepun sewajarnya memilih menjalankan pelepasan terbabit di wilayah sendiri, yang bukannya merisikokan negara sekitar Laut Pasifik.
China menggesa Jepun mematuhi kewajipan antarabangsa, menghentikan pelaksanaan rancangan pelepasan air tercemar ke laut, menangani isu itu secara saintifik, selamat dan telus serta menerima pemantauan antarabangsa yang ketat.