99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Siswazah Fasih Bahasa Cina Rebutan Syarikat China di Indonesia

Dengan semakin rancaknya kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Indonesia, siswazah yang fasih bahasa Cina menjadi rebutan syarikat-syarikat China yang berurus niaga dengan Indonesia.

“Hampir tiada orang yang boleh bertutur bahasa Cina di kampung halaman saya,” kata Alya dari Jawa Barat, yang juga yang pertama dari keluarganya yang mempelajari bahasa Cina. Alya, graduan tahun lepas, diterima masuk ke sebuah syarikat China apabila kawan sebayanya masih bergelut untuk mencari pekerjaan.

Katanya, ini adalah berkat keputusannya untuk mengambil jurusan bahasa Cina lima tahun lalu. Dimaklumkan bahawa purata gaji bulanan di kalangan siswazah Indonesia adalah sekitar 2,500 yuan (1,613 ringgit), manakala Alya ditawarkan gaji bulanan lebih 4,000 yuan (2,582 ringgit).

3 Jun lalu, satu pameran kerjaya khusus untuk syarikat China dianjurkan di Institut Confucius, Universiti Al Azhar Indonesia. Sebanyak 28 buah syarikat China yang menyertai, termasuk Julong Group, Jiangsu Delong Nickel dan China Life Insurance, menarik lebih 1,000 siswazah dari Universiti Indonesia, Universiti Al Azhar Indonesia, Universiti Negeri Jakarta dan Universiti Bina Nusantara.

3 Jun lalu, satu pameran kerjaya khusus untuk syarikat China dianjurkan di Institut Confucius, Universiti Al Azhar Indonesia.

3 Jun lalu, satu pameran kerjaya khusus untuk syarikat China dianjurkan di Institut Confucius, Universiti Al Azhar Indonesia.

Para eksekutif sumber manusia syarikat China memberitahu, keperluan yang paling mendesak adalah mencari orang yang fasih bahasa Cina dengan tujuan membina simpanan bakat atau memupuk kakitangan tahap pengurusan di kalangan warga Indonesia, yang fasih bahasa Cina.

Sebuah syarikat bahan tenaga baharu berancang untuk merekrut 100 kakitangan warga Indonesia yang terlibat dalam bidang kejuruteraan, kejenteraan, industri kimia, perniagaan dan perundangan. Yang fasih bahasa Cina akan diberi keutamaan. Liu Bolong, naib pengarah pejabat Jakarta syarikat itu berkata, syarikatnya memerlukan sejumlah besar kakitangan yang boleh bertutur bahasa Cina, dengan urus niaga semakin meningkat di Indonesia dan berharap menemui bakat yang sesuai melalui pameran kerjaya ini.

Ujar Zhou Bin, Atase Kebudayaan Kedutaan China di Indonesia, dengan semakin berkembangnya kerjasama China-Indonesia dalam pelbagai sektor, semakin banyak juga syarikat China memilih untuk melabur di Indonesia, dan keperluan terhadap bakat berkenaan juga semakin meningkat.

3 Jun lalu, satu pameran kerjaya khusus untuk syarikat China dianjurkan di Institut Confucius, Universiti Al Azhar Indonesia.

3 Jun lalu, satu pameran kerjaya khusus untuk syarikat China dianjurkan di Institut Confucius, Universiti Al Azhar Indonesia.

Data menunjukkan, China rakan dagang terbesar Indonesia untuk sepuluh tahun berturut-turut dan juga sumber pelaburan utama Indonesia beberapa tahun berturut-turut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan