99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Cari Haiwan Peliharaan Hilang, Pekerjaan Baharu

Tahun-tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang membela haiwan peliharaan di China. Data Kertas Putih Industri Haiwan Peliharaan China 2022 menunjukkan bahawa, bilangan anjing dan kucing peliharaan di kawasan bandar mencatat 116.55 juta, meningkat 3.7% berbanding tahun 2021. Ramai menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka dan masalah kehilangan haiwan peliharaan semakin diambil serius, membawa kepada wujudnya pekerjaan baharu, iaitu mencari dan menyelamatkan haiwan peliharaan yang hilang. Pemuda yang terlibat dalam pekerjaan ini dipanggil “pemburu haiwan peliharaan” atau “detektif haiwan peliharaan”.

Tempoh keemasan bagi mencari dan menyelamatkan haiwan peliharaan yang hilang adalah 72 jam pertama, yang kadar kejayaannya setinggi 80%.

Yan Zhiyong, pemuda yang telah membentuk satu pasukan SAR haiwan peliharaan di ibu provinsi Henan, Zhengzhou, membataskan lingkungan tugas kepada 500 kilometer sahaja. “Ini supaya kami dapat tiba di tempatnya secepat mungkin,” katanya. Setiap kali dipanggil, dua atau tiga ahli pasukan akan segera menuju ke tempat kejadian dengan membawa alat-alat seperti lampu suluh kepala, lampu suluh kuat cahaya, serbuk pendarfluor, teropong malam inframerah, sangkar kucing dan jaring ikan.

Sebenarnya, semua bermula dari mencari kucingnya sendiri. Kucing dibela Yan selalu keluar kerana rumahnya di tingkat satu. Katanya, banyak pengalaman yang telah diperolehinya. Selain itu, sebagai pemilik sebuah kedai haiwan peliharaan, Yan juga akan membantu pelanggannya mencari “anak” mereka yang hilang. Semakin lama semakin ramai ikut membantu termasuklah orang muda dan pembela haiwan, hinggalah membentuk satu pasukan. Yan pula menjadi kapten pasukan yang dipercayai ramai.

Menurutnya, pengalaman mencari haiwan peliharaan sangat menarik. “Macam seorang detektif mencari butiran yang terlepas dari perhatian. Dalam proses ini, saya dapat menemui cara kerja sendiri.”

Bagaimanapun, sebagai satu industri baharu tanpa piawaian, kerja mencari dan menyelamat haiwan peliharaan selalunya dikaitkan dengan kontroversi caj yang terlampau tinggi. Bukan semua orang sanggup membayar untuk mencari haiwan peliharaan. Kata Yan, tidak banyak pasukan mencari dan menyelamat haiwan peliharaan di Zhengzhou kerana banyak yang memilih untuk berpangkalan di bandar raya seperti Beijing dan Shanghai yang mempunyai pasaran yang matang. “Pendapatan di bandar kecil kurang memuaskan.”

Walau bagaimanapun, Yan Zhiyong tetap akan memberi bantuan. Kadang kala murid sekolah tidak mampu bayar yang minta dibantu. Adalah menjadi hasrat Yan agar pembela haiwan yang kehilangan haiwannya jangan berputus asa kerana caj pencarian yang tinggi kerana yang dibela itu bukan sekadar haiwan, tetapi juga ahli keluarga yang memberikan sokongan emosi.

Kehilangan haiwan peliharaan juga memburukkan lagi masalah kucing dan anjing terbiar dan membuat tadbir urus bandar lebih sukar, bahkan berlaku kes cedera diserang haiwan terbiar. Yan juga prihatin dengan kucing dan anjing terbiar dalam pekerjaan sehariannya. Selain memberi makan, Yan akan mengambil gambar atau merakam klip video untuk mencari orang yang mahu membela haiwan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan