99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Penerbangan Sulung Pesawat Penumpang C919 Dilaksanakan

(CRI)Isnin 29 Mei 2023

Laluan MU9191 China Eastern Airlines yang dijalankan pesawat penumpang C919 telah bertolak dari Lapangan Terbangsa Hongqiao Shanghai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 10:32 pagi 28 Mei.

Penerbangan sulung pesawat jenis C919 untuk kegunaan komersial menandakan terbentuknya proses "penerokaan, pembuatan, pengiktirafan dan operasi" yang lengkap. Para pelanggan berpeluang menikmati pengalaman menumpang pesawat buatan China bermula masa sekarang.

C919 merupakan pesawat besar pertama yang dikaji dan dibangunkan China mengikut piawaian penerbangan umum antarabangsa, dan China merupakan pemilik hak harta inteleknya.

Projek berkenaan dimulakan pada 2007, kemudian penerbangan sulung pesawat besar jenis itu dilaksanakan pada 2017, dan sijil pengiktirafan kelayakan diberikan Jabatan Penerbangan Awam China pada September 2022.

Kejayaan China dalam mengeluarkan pesawat penumpang C919 melambangkan negara ini berkemampuan menguasai teknologi mengkaji dan membuat pesawat penumpang besar yang bertaraf dunia, dan juga merupakan batu tanda yang penting dalam sejarah pembangunan pesawat besar di dalam negeri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan