99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Hungary Mahu Mantapkan Lagi Hubungan Bilateral

(CRI)Selasa 16 Mei 2023

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Hungary, Peter Szijjarto di Beijing pada Isnin.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, menghargai Hungary yang sentiasa melihat pembangunan China dengan sikap objektif dan mesra.

"China dan Hungary sentiasa saling menghormati, saling mempercayai dan saling menyokong sehingga mendorong hubungan dua hala memasuki tempoh terbaik dalam sejarah," kata Wang.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan Hungary dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain untuk menegakkan multilateralisme jitu, memajukan pendemokrasian hubungan antarabangsa dan menggerakkan sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah.

Szijjarto pula berkata kerjasama Hungary-China dan EU-China membawa peluang, bukannya risiko.

Hungary mengalu-alukan China meningkatkan pelaburan di negara itu, dan ingin terus menaik taraf kolaborasi dengan China dalam pelbagai bidang sekali gus melonjakkan hubungan dua hala ke tahap baharu.

Pada hari sama, Menteri Luar Qin Gang juga bertemu dengan Szijjarto yang dijemput menghadiri Ekspo China-Eropah Tengah dan Timur (CEEC) yang dijadual berlangsung di Ningbo, provinsi Zhejiang pada 16 hingga 20 Mei.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan