99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Barbeku Ikonik, Cerminan Nafas China Pasca Pandemik

Zibo yang letaknya di provinsi Shandong, timur China muncul sebagai tarikan pelancong terbaru dengan tidak disangka-sangka.

Barbeku ikonik yang berlokasi di bandar perindustrian lama berpopulasi 4.7 juta ini menggamit penggemar makanan datang berbondong-bondong hinggakan tercetusnya satu fenomena ledakan ekonomi seiring dengan kerancakan pasca pandemik yang lama dinanti-nantikan.

Sekitar 450 kilometer tenggara dari Beijing, Zibo mudah didatangi sama ada dengan berkereta ataupun berkereta api. Perjalanan dengan kereta api laju dari ibu kota negara China ke bandar tersebut memakan masa paling lama tiga jam, dengan harga tiket 230 yuan (kira-kira 148 ringgit).

Di sebalik juadah enak dan populariti luar biasa bandar Zibo ialah rasa gembira tidak terhingga rakyat China selepas berakhirnya tempoh pandemik. Ketara juga kedinamikan dan semangat tidak mudah luntur sebuah masyarakat yang sifatnya prihatin.

Trend makan-makan itu, yang mula-mula bangkit kehangatannya sesama penuntut universiti serata China awal tahun, menjadikan Zibo sebut-sebutan di ruang siber. Lagi pula, yang ditawarkan kepada para penggemar makanan adalah satu lagi destinasi pilihan untuk tempoh cuti musim bunga pertama selepas langkah respons COVID-19 negara dioptimumkan.

Semasa cuti lima hari sempena Hari Pekerja 1 Mei, bandar tersebut dibanjiri ribuan pengunjung yang membawa masuk begitu banyak tempahan bagi hotel-hotel dan tempat peranginan utama. Pertumbuhan mendadak direkodkan setinggi 2,000 peratus jika dibandingkan tahun ke tahun, menurut angka daripada biro budaya dan pelancongan tempatan.

Foto yang diambil pada 11 April 2023 ini menunjukkan kuisin barbeku ala Zibo, iaitu daging dan daun bawang panggang berbalut pankek, di Zibo, provinsi Shandong, timur China. (Foto oleh Liu Yiming/Xinhua)

Foto yang diambil pada 11 April 2023 ini menunjukkan kuisin barbeku ala Zibo, iaitu daging dan daun bawang panggang berbalut pankek, di Zibo, provinsi Shandong, timur China. (Foto oleh Liu Yiming/Xinhua)

BANDAR YANG PENYAYANG

Melihatkan keadaan hotel-hotel di pusat bandar yang habis ditempah dan menjangkakan kebanjiran pelancong dari luar akan melebihi kemampuan bandar untuk menampung kehadiran mereka, biro budaya dan pelancongan tempatan menyiarkan satu surat terbuka pada 26 April. Surat itu menggalakkan mereka yang sedang mencari-cari penginapan bagi tujuan percutian supaya menangguhkan rancangan.

Li Yucheng, seorang graduan baru yang mula bekerja di syarikat bahan baharu di Zibo sejak tahun lepas, mengambil inisiatif untuk menyiapkan salah satu bilik di pangsapurinya untuk ditawarkan secara percuma kepada pelancong yang tiada tempat menginap.

Bercakap dengan pemberita Xinhua, Li memberitahu bahawa motivasinya berbuat demikian timbul selepas melihat penduduk-penduduk lain menghulurkan tangan membantu pelancong.

“Saya keluar bersiar-siar, dan nampak orang beratur panjang di luar setiap restoran barbeku, menunggu meja kosong. Ada orang di situ menjamu minuman secara percuma,” katanya. “Ada juga pemilik kereta yang menumpangkan orang tanpa meminta bayaran apabila tidak cukup teksi pada waktu malam.”

“Hampir semua orang sini membaktikan tenaga mencantikkan imej bandar melalui cara sendiri dan membantu pelancong sedapat mungkin,” ujar Zhang Peng, seorang sukarelawan.

Kata Li Yucheng, Zibo “bandar yang penyayang”.

Seorang sukarelawan menunjuk arah kepada pelancong yang berkereta di Zibo, provinsi Shandong, timur China pada 29 April 2023. (Foto oleh Huangpu Xiaowen/Xinhua)

Seorang sukarelawan menunjuk arah kepada pelancong yang berkereta di Zibo, provinsi Shandong, timur China pada 29 April 2023. (Foto oleh Huangpu Xiaowen/Xinhua)

DAYA GERAK YANG MANTAP

Restoran barbeku telah menjana pertumbuhan ekonomi Zibo dan merangsang daya hidup bandar ini. Dilaporkan, terdapat lebih 3,000 restoran barbeku di seluruh bandar, dan sekurang-kurangnya 370 restoran baharu dibuka pada bulan lepas.

Jamuan hidangan desir, kerumunan orang menjamu selera, ditambah pula dengan peningkatan dalam tahap penggunaan dan peluang pekerjaan, kesemuanya tanda-tanda daya gerak dan momentum pertumbuhan yang mantap.

Menurut Kementerian Budaya dan Pelancongan, sebanyak 274 juta perjalanan domestik dibuat oleh rakyat China sepanjang cuti lima hari bermula 29 April. Ini satu kenaikan 70.83 peratus berbanding tempoh cuti sama tahun lepas, dan 19.09 peratus lebih tinggi daripada 2019, iaitu sebelum COVID-19.

Pendapatan sektor pelancongan pula mencecah 148.06 bilion yuan (kira-kira 95 bilion ringgit), naik 128.9 peratus daripada tahun lalu.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva menyatakan bahawa lantunan semula yang teguh bermakna China sudah bersedia menyumbang kepada anggaran sepertiga pertumbuhan global pada 2023, sesuatu yang akan memulihkan keadaan ekonomi dunia.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass mengumumkan pada awal April bahawa pihaknya telah menaikkan unjuran pertumbuhan global tahun ini kepada 2 peratus berbanding 1.7 peratus pada Januari dahulu, berikutan prestasi yang ditunjukkan China.

Pelancong menikmati hidangan berbeku tempatan di Zibo, provinsi Shandong, timur China pada 29 April 2023. (Foto oleh Zhu Wei/Xinhua)

Pelancong menikmati hidangan berbeku tempatan di Zibo, provinsi Shandong, timur China pada 29 April 2023. (Foto oleh Zhu Wei/Xinhua)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan