99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar

(CRI)Selasa 09 Mei 2023

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang dijadual diadakan pada minggu hadapan akan membawa pengertian besar kepada jalinan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Wang Wenbin berkata ia merupakan aktiviti diplomatik penting dihoskan Beijing yang bakal menyaksikan pertemuan bersemuka buat julung kalinya antara enam ketua negara sejak China menjalin hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada 31 tahun lalu.

Terdahulu, MFA mengumumkan bahawa Presiden Xi Jinping akan mempengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi bermula 18 hingga 19 Mei.

Difahamkan, ketua negara dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan akan menghadiri persidangan itu.

Menurut Wang, isu pembangunan mekanisme China-Asia Tengah serta kerjasama segenap aspek merupakan antara agenda utama sidang kemuncak berkenaan.

"Pemimpin enam negara akan menandatangani dokumen politik penting semasa sidang kemuncak itu."

"Diyakini bahawa ia akan merangka cetak biru baharu untuk hubungan China-Asia Tengah dan membuka era baharu kerjasama kedua-dua pihak," kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan