- Lain-lain
China Komited Perkasakan Pembaharuan dan Keterbukaan Bertaraf Tinggi
Presiden China, Xi Jinping telah melakukan tinjauan ke provinsi Guangdong di selatan China, pada 10 hingga 13 April.
Dalam rangka tinjauan empat hari tersebut, beliau telah mengunjungi perusahaan, pelabuhan, dan kawasan luar bandar di bandar Zhanjiang, Maoming, dan Guangzhou.
Terdahulu pada hari pertamanya, Presiden Xi melawat ke sebuah pangkalan benih marikultur di bawah "Skim 863" yang terletak di Pplau Donghai, bandar Zhanjiang.
Xi menyatakan, China ialah negara besar yang mempunyai populasi lebih daripada 1.4 bilion. Adalah mustahak untuk menjamin keselamatan makanan dan memanfaatkan sumber darat dan laut.
Beliau menegaskan bahawa industri benih adalah asas kepada pembangunan pertanian dan perikanan moden. Oleh itu, China perlu memperkasakan pembangunan peralatan akuakultur laut dalam dan perikanan cerdas, serta menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri perikanan laut ke arah maklumat, cerdas dan moden.
Sepanjang lawatan itu juga, Xi kerap kali menyentuh tentang Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao.
Di Pelabuhan Xuwen, bandar Zhanjiang, beliau berpandangan bahawa pelabuhan itu harus dibina menjadi hab pengangkutan air dan darat bersepadu yang moden dengan menghubungkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao dengan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.
Semasa mengadakan tinjauan di pangkalan pembuatan LG Display di Guangzhou, Xi dalam ucapannya turut mengeluarkan jemputan kepada pelabur dari luar negara untuk datang ke China, ke Guangdong, dan ke Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao.
Beliau ketika berada di Guandong turut mengulangi bahawa dasar pembaharuan dan pintu terbuka China tidak akan berubah, China tidak akan menutup pintu yang dibuka oleh dirinya.
"Semua negara yang bersedia untuk bekerjasama dengan kami (China) untuk saling menang, kami bersedia untuk bersehaluan dengan mereka, untuk mendorong kemakmuran dan pembangunan bersama ekonomi dunia," ujar Xi.
Untuk rekod, tinjauan Presiden Xi ke Guangdong kali ini adalah sempena ulang tahun ke-45 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China.
Xi menyifatkan Guangdong sebagai pelopor, perintis dan kawasan percubaan pembaharuan dan keterbukaan, selain memainkan peranan penting dalam pembinaan modenisasi ala China.
"Guangdong perlu berpegang teguh kepada matlamat pembinaan negara kuat dan kebangkitan nusa dan bangsa, menumpukan pada tugas utama pembangunan berkualiti tinggi dan tugas strategik membina paradigma pembangunan baharu, memperdalam pembaharuan secara menyeluruh, memluaskan keterbukaan bertahap tinggi, meningkatkan keupayaan teknoligi, membina sistem perindustrian moden, dan menggalakkan pembangunan bandar dan luar bandar," ujarnya.
Xi berharap provinsi Guangdong akan terus berada di barisan hadapan dalam pembangunan modenisasi ala China.
"Dalam menghadapi kelembapan ekonomi global, China harus mempercepat pembinaan paradigma pembangunan baharu dan mengukuhkan pembinaan persekitaran perniagaan, dan kelebihan pasarannya akan terus ditingkatkan," tambah beliau.
Xi berharap pelabur asing akan merebut peluang, memupuk pasaran China secara mendalam, dan mencipta kegemilangan baharu untuk pembangunan perusahaan sendiri.