- Lain-lain
Kain Ikat Celup Etnik Bai Papar Keindahan Yunnan
Pada kain kapas atau campuran kapas linen berwarna putih, jahitkan corak. Cerutkan kain dengan jarum dan benang, kemudian celupkan ke dalam pewarna biru yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Selepas dijemur kering, buka ikatan. Dengan itu terhasillah kain ikat celup mengikut teknik tradisional etnik Bai di Dali, Yunnan.
Teknik ikat celup etnik Bai yang merangkumi proses mereka corak, membuat ikatan simpul, meredam dan mencelup, menjemur, membuka ikatan dan meratakan kain tersenarai sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat negara pada tahun 2006.
Kini kedai kain ikat celup etnik Bai dapat dilihat di merata tempat di Dali. Corak dan warnanya juga semakin cantik dan beraneka ragam, amat disukai oleh para pelancong.
Pepatah China, “Pewarna biru diperbuat daripada indigo, namun warnanya lebih cerah daripada indigo,” bukan sahaja menggambarkan teknik ikat celup, bahkan juga etnik Bai yang mewariskan serta mengembangkan teknik tradisional ini secara turun-temurun.
Duan Yinkai, umur 46 tahun, penduduk kampung Zhoucheng di pekan Xizhou, bandar Dali, diiktiraf sebagai pewaris warisan budaya negara bagi teknik ikat celup etnik Bai. Sekian lamanya, beliau mendirikan bengkel, menubuhkan muzium, membuka kelas ikat celup, dan memberi ceramah di kolej seni, mencurah segala usahanya dalam pewarisan teknik ikat celup etnik Bai.
Adalah menjadi hasratnya untuk, “Papar keindahan Dali kepada dunia dengan teknik ikat celup.”
- Pewaris Usaha Teruskan Teknik Hasil Teh Hitam Yunnan melalui Inovasi
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Pendigitalan Pacu Pemodenan Industri Bunga Yunnan
- Yang Yuni: Dorong Budaya Tani Etnik Hani ke Pentas Dunia
- Anggota CPPCC: Hidupkan Tinggalan Budaya
- Wakil NPC: Semarakkan Seni Sulaman, Pacu Pembangunan Desa
- Ibis Warna-warni Muncul Semula di Yunnan
- 11 Ribu Lari Maraton Dilatari Bunga Sesawi di Yunnan
- Pesta "Axi Fire Worship" Diadakan di Yunnan
- Bunga dari Yunnan Jangkau Pasaran Bangkok