99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rel China-Laos Bakal Lancar Tren Penumpang antara Kunming, Vientiane

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 April 2023
Rel China-Laos Bakal Lancar Tren Penumpang antara Kunming, Vientiane

Kereta api penumpang rentas sempadan China-Laos bakal dilancarkan pada 13 April, menyingkatkan masa perjalanan antara Kunming dan Vientiane dalam satu hari, menurut China Railway Group Ltd. (CREC) pada Isnin.

Dimaklumkan bahawa, kereta api itu akan beroperasi setiap hari dengan satu dari Kunming ke Vientiane serta satu lagi dari Vientiane ke Kunming. Kelajuan maksimumnya mencecah 160 km/j. Sepanjang perjalanan selama 10 jam 30 minit (termasuk masa pelepasan kastam), kereta api berkenaan akan berhenti di lapan stesen sepanjang perjalanan termasuk Stesen Selatan Kunming, Stesen Pu'er, Stesen Xishuangbanna, Stesen Mohan, Stesen Boten, Stesen Luang Prabang, Stesen Vang Vieng dan Stesen Vientiane.

Setakat 9 April, bilangan penumpang dikendalikan kereta api China-Laos mencatat 13.93 juta, sementara jumlah barangan pula 18.38 juta tan yang 3.59 juta tan daripadanya adalah barangan rentas sempadan. Landasan itu terbukti memainkan peranan yang positif dalam kesalinghubungan antara China dengan Asia Tenggara serta Asia Selatan dan juga pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Laos.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan