- Lain-lain
China, Perancis Sepakat Mantapkan Perkongsian Strategik Komprehensif
Selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara besar yang mempunyai tradisi menjunjung kemandirian, China dan Perancis sepakat untuk mengekalkan hala tuju perkongsian strategik komprehensif yang mantap, saling untung, berdaya usaha dan dinamik.
Kedua-dua negara juga semuafakat ke arah menyuntik tenaga baharu kepada hubungan China-Eropah dan memberi sumbangan baharu kepada kerjasama antarabangsa dalam merungkai cabaran global.
Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam sesi taklimat media bersama rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron selepas dua pemimpin itu mengadakan rundingan di Beijing pada petang Khamis.
Xi turut memperkenalkan konsensus penting yang dicapai dalam rundingan itu termasuk menjamin kemantapan hubungan bilateral, memegang prinsip saling untung dan mewujudkan pembangunan bersama, menyambung semula pertukaran sosiobudaya, serta saling menyokong dan menggalakkan penambahbaikan tadbir urus global.
Menurut beliau, selain memperkasakan kerjasama konvensional dalam bidang aeroangkasa dan tenaga nuklear kegunaan awam, kedua-dua pihak akan terus meneroka titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama membabitkan pembangunan hijau, inovasi teknologi dan sebagainya.
China juga bersedia bersinergi dengan Perancis untuk membentuk mekanisme koordinasi pantas melibatkan seluruh rantaian 'French farm to Chinese dining table'.