- Lain-lain
19 Terbunuh Serangan Udara AS di Syria
Pertubuhan Pemerhatian Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang pro-puak pembangkang Syria pada Sabtu mendakwa bahawa setelah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria mengalamai serangan dron, tentera AS melancarkan serangan udara terhadap kumpulan yang ada kaitan dengan Iran di timur Syria, mengakibatkan 19 anggota militan terbunuh.
Menurut pihak AS, serangannya terhadap kumpulan yang ada kaitan dengan Tentera Pengawal Revolusi Islam Iran di wilayah Syria, adalah tindak balas terhadap serangan dron ke atas pangkalan tenteranya pada hari itu.
Menurut Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin pula, badan perisik negara itu mengenalpasti dron itu adalah "dari Iran". Namun beliau tidak memberi penjelasan lanjut tentang bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Majlis Keselamatan Tertinggi Negara Iran, Keivan Khosravi mengatakan bahawa pihaknya membina pangkalan memerangi keganasan di Syria adalah atas permintaan kerajaan Syria. Iran akan "bertindak balas dengan serta merta" jika pangkalan-pangkalan itu mengalami serangan.
Beliau menegaskan bahawa tentera AS melakukan beberapa serangan dalam dua hari lalu bertujuan untuk meningkatkan "ketidakstabilan di Syria".
Sementara itu, Kementerian Luar Syria dalam kenyataan mengatakan, serangan udara AS adalah "berdasarkan pembohongan" dan "mencabuli kedaulatan Syria".