99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Galak Kerjasama Kapal Selam Nuklear: Taktik Ikat Sekutu

Kartun oleh Ma Hongliang. (foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Baru-baru ini, Presiden AS Joe Biden mengadakan perbincangan dengan PM Britain, Rishi Sunak dan PM Australia, Anthony Albanese di pangkalan Tentera Laut AS di San Diego, California, berkisarkan ikatan yang dipanggil mereka "perkongsian keselamatan tiga pihak AUKUS". Pertemuan itu membawa kepada pengumuman rancangan untuk melengkapkan Australia dengan kapal selam nuklear.

Rancangan ini semata-mata untuk memenuhi kepentingan geopolitik masing-masing. Kerjasama kapal selam nuklear antara AS, Britain dan Australia melibatkan pemindahan sejumlah besar uranium diperkaya tinggi bergred senjata daripada negara bersenjata nuklear kepada negara tanpa senjata nuklear. Ini mengundang risiko serius berlakunya percambahan nuklear.

Penubuhan AUKUS untuk menggalakkan kerjasama membabitkan kapal selam nuklear dan teknologi ketenteraan canggih yang lain sebenarnya tidak lebih daripada taktik AS untuk terus mengikat negara sekutunya serta campur tangan dalam hal ehwal rantau Asia Pasifik supaya mengekalkan hegemoninya.

Ini satu ancaman kepada keselamatan serantau, pencabulan terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, dan terang-terangan manifestasi mentaliti Perang Dingin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan