- Lain-lain
Sektor Logistik E-dagang China Pulih Cepat
Sektor logistik e-dagang China pulih dengan cepat, dan ini adalah hasil pelaksanaan langkah-langkah memantapkan ekonomi di negara ini.
Menurut Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP), indeks logistik e-dagang China merekodkan 107.2 mata pada Februari, naik 2.6 mata berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, semua sub-indeks melantun semula secara menyeluruh. Antaranya, indeks kakitangan menokok secara mendadak bulan ke bulan dan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh tiga tahun lalu.
Selain itu, permintaan meningkat secara menyeluruh. Volum logistik e-dagang di kawasan timur, tengah dan barat, serta luar bandar masing-masing mencatat peningkatan.
Di samping itu, jumlah perniagaan logistik e-dagang di kawasan luar bandar terus berkembang. Indeks volum urusan logistik e-dagang kawasan luar bandar mencapai 114.3 mata pada Februari, meningkat 1.8 mata berbanding Januari.