99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kisah Sekendi Berjambul No. 375

(CRI)Jumaat 03 Mac 2023

Terdapat sekeluarga sekendi berjambul yang menetap di sarang sebatang pokok besar di kaunti Ningshan provinsi Shaanxi.

Salah seekor daripadanya adalah sekendi berjambul betina dengan nombor identiti 375 di kakinya dan ia dijaga oleh Li Xia, ketua stesen pentadbiran pangkalan pelepasan ke alam semula jadi sekendi berjambul di kaunti itu selama 14 tahun.

Untuk rekod, sekendi berjambul merupakan spesies yang unik di Asia Timur dan sudah bersejarah selama 65 juta tahun, selain pernah diedarkan secara meluas di China, Jepun, Rusia dan Korea Utara.

Pada 30 Mei 2007, pelepasan sekendi berjambul ke alam semula jadi luar kawasan buat kali pertama dijalankan di kaunti Ningshan dan Li turut menyertai aktiviti tersebut.

Menurut Li yang berumur 40 tahun, sekendi berjambul no. 375 merupakan salah satu daripada 26 ekor lain yang dilepaskan dalam aktiviti itu dan ia mempunyai hayat hidup paling lama serta cerita yang paling banyak.

Beliau berkata, antara cerita sekendi itu yang memberi kesan mendalam kepadanya adalah apabila ia terpaksa menjaga tiga anak dengan hanya berumur 20 hari berikutan pasangannya tidak pulang ke sarang dengan kemungkinan ia mati ketika mencari makanan.

Secara faktanya, untuk sekendi jenis itu keluar dari cangkerang ke fasa terbang akan memerlukan masa kira-kira 40 hingga 45 hari, sementara umur sekitar 20 hari merupakan masa yang memerlukan makanan paling banyak bagi bayi sekendi berjambul.

Sekendi berjambul akan menjaga bayi secara bergilir dengan seekor bertanggungjawab mencari makanan, manakala seekor lagi akan menjaga bayi di sarang.

Kebiasaannya, sekiranya pasangan tidak balik ke sarang, sekendi berjambul yang tinggal akan terus bertahan demi kelangsungan nyawa sendiri dan hanya berdaya membesar seekor dalam tiga bayinya.

Bagaimanapun, yang ajaibnya adalah sekendi berjambul no. 375 berjaya membesarkan ketiga-tiga bayinya ketika itu.

Sehingga 2022, jumlah sekendi berjambul di kaunti Ningshan mencatat kira-kira 400 ekor.

Jelas Li, walaupun beliau dan burung itu merupakan kawan, akan tetapi hubungannya tidak mesra.

 “Saya tidak akan membawa sekendi berjambul pulang ke asrama.”

 “Menghormati cara hidup sekendi berjambul ialah menghormati hak nyawa spesies itu dan burung itu patut hidup di alam semula jadi dengan cara sendiri serta bebas,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan