99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Festival Filem China Bertemakan BRI Dirasmikan

(CRI)Isnin 20 Februari 2023
Festival Filem China Bertemakan BRI Dirasmikan

Aktiviti tayangan filem melibatkan tema “Jalur dan Laluan” (BRI) Festival Filem China membuka tirainya secara dalam talian pagi tadi.

Ia yang dianjurkan secara bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Luar, Kementerian Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan China dijadualkan untuk berlangsung hingga penghujung tahun ini.

Untuk edisi kali ini, lebih 60 dokumentari dan filem bertemakan BRI dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia yang dihasilkan oleh CGTN milik CMG akan ditayangkan di pelbagai negara untuk memaparkan kesalinghubungan dan persahabatan antara negara terlibat BRI.

Menteri Luar China, Qin Gang dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa sebanyak 151 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa menyertai BRI dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu juga, kesalinghubungan dalam aspek infrastruktur, peraturan dan piawaian serta persefahaman dalam kalangan rakyat semakin dipergiat.

“Pembinaan BRI adalah berasaskan persefahaman dalam kalangan rakyat."

“Oleh itu, China berharap untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak agar terus meningkatkan kerjasama interaksi bidang sosiobudaya dan mendorong pertukaran tamadun,” ujar Qin.

Upacara perasmian festival tersebut juga turut mendapat perhatian Lebih 50 orang tokoh politik, bekas tokoh politik dan pegawai agensi media dari Mesir, Thailand, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Belarus, Chili, Peru, Laos, Georgia dan Uruguay yang masing-masing menzahirkan ucapan tahniah.

Dalam pada itu, CGTN turut melancarkan aktiviti arkib video pendek yang melibatkan perubahan negara masing-masing dalam tempoh 10 tahun ini.

Festival Filem China buat pertama kalinya dianjurkan CMG pada Jun 2022 dan lebih 50 buah dokumentari berbilang bahasa ditayangkan oleh 128 buah media di lebih 60 buah negara serta kawasan pada masa itu.

Untuk rekod, inisiatif BRI memasuki ulang tahun ke-10 tahun ini sejak ia pertama kali dikemukakan Presiden China, Xi Jinping.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan