99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tiada Untung Amalan AS Jangkau Jauh Bidang Kuasa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023
Tiada Untung Amalan AS Jangkau Jauh Bidang Kuasa
Kartun oleh Ma Hongliang.

Untuk sekian lama, Amerika Syarikat (AS) telah sering kali melaksanakan bidang kuasa yang menjangkau jauh ke atas negara-negara lain bagi mengekalkan hegemoninya, dan kini jangkauannya itu sudah semakin jauh.

Sekatan yang dikenakan gergasi Barat tersebut secara sembarangan, mengundang impak serius kepada dunia.

Setakat tahun fiskal 2021, jumlah sekatan yang dikuatkuasakan AS telah meningkat kepada lebih 9,400, menurut satu dokumen yang diterbitkan oleh Jabatan Perbendaharaan negara itu sendiri.

Memetik laporan “Amalan Sengaja AS Melaksanakan Bidang Kuasa Menjangkau Jauh dan Bahayanya”, didapati bahawa Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perdagangan dan lain-lain agensi berkenaan AS telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas lebih 2,000 entiti pada tahun 2021 sahaja.

Melalui manifestasi bidang kuasa yang menjangkau jauh, AS bukan sekadar mencampuri urusan dalaman negara lain dan menjejaskan order antarabangsa, bahkan mencabuli hak asasi manusia rakyat di negara-negara terbabit.

Pada 6 Februari, gempa dahsyat menggegarkan bahagian selatan Turki yang berdekatan dengan sempadan Syria, mengakibatkan ramai yang terbunuh atau cedera di dua negara berjiran itu.

Meskipun berlaku bencana alam yang begitu teruk, AS tetap berkeras tidak mahu membatalkan sekatan terhadap Syria, tindakan yang menghalang bekalan dan bantuan antarabangsa daripada dibawa masuk ke tempat-tempat terkesan.

Tatkala dunia begitu memerlukan solidariti, amalan AS melaksanakan bidang kuasa yang menjangkau jauh dan mengenakan sekatan sepihak secara haram, pada akhirnya akan membawa binasa kepada diri umpama peribahasa senjata makan tuan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan