- Lain-lain
Perkukuh Persahabatan dan Kerjasama dengan Iran: Xi
China melihat dan membangunkan hubungan dengan Iran dari perspektif strategik. China akan tidak goyah memperkukuh persahabatan dan kerjasama dengan Iran tak kira situasi antarabangsa dan serantau berubah.
Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi di Beijing pada Selasa.
Sebelum lawatan rasmi Ebrahim Raisi selama tiga hari itu, akhbar Renmin Ribao telah menerbitkan artikel beliau yang menyebut bahawa dalam situasi antarabangsa baharu, hubungan persahabatan antara Iran dan China semakin ditingkatkan dan diperkukuh. Iran dengan tegas mengamalkan dasar untuk mengukuhkan hubungan dengan China, dan tidak terpengaruh oleh perubahan situasi serantau dan antarabangsa.
Xi Jinping menekankan bahawa China menyokong Iran dalam menjaga kedaulatan, kemerdekaan, dan maruah bangsa, menyokong Iran dalam menentang unilateralisme dan tindakan membuli. China menentang campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Iran dan menjejaskan keselamatan dan kestabilan Iran. China bersedia untuk terus saling menyokong dengan Iran dalam kepentingan teras masing-masing.
Selepas pertemuan tersebut, kedua-dua presiden bersama-sama menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala yang meliputi pertanian, perdagangan, pelancongan, perlindungan alam sekitar, kesihatan, penyelamatan bencana, kebudayaan, dan sukan.