99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Malaysia Ikrar Lonjak Ikatan Bilateral ke Tahap Baharu

(CRI)Rabu 18 Januari 2023

China bersedia bersama Malaysia melonjakkan hubungan dua hala ke tahap baharu dengan mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif pada tahun ini dan jubli emas ikatan diplomatik pada tahun depan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Qin Gang ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi telefon pada Selasa.

Qin berkata, China ingin bersinergi dengan kerajaan baharu Malaysia untuk memastikan mekanisme seperti Jawatankuasa Peringkat Tinggi bagi kerjasama kedua-dua negara dimanfaatkan sepenuhnya.

"Usaha akan diteruskan untuk memacu pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi, sambil menggerakkan pelaksanaan projek-projek penting."

"China juga sedia memperkasa kerjasama dengan negara-negara serantau bagi memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini," katanya.

Beliau turut meluahkan harapan dapat bekerjasama dengan Malaysia ke arah memantapkan lagi perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.

Qin menyatakan bahawa China menghargai kerajaan dan semua lapisan masyarakat Malaysia yang bersikap objektif dan adil terhadap dasar pengurusan wabak COVID-19 dilaksanakan China serta mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China.

"Kami yakin pergerakan rentas sempadan akan kembali pulih tidak lama lagi menerusi usaha bersama kedua-dua pihak," tambah beliau.

Sementara itu, Zambry mengucapkan tahniah kepada Qin atas pelantikannya sebagai Menteri Luar China.

Beliau berkata, Malaysia dan China menikmati ikatan muhibah yang terjalin sejak sekian lama.

"Malaysia melihat China sebagai rakan kongsi utama dan amat mementingkan hubungan dengan negara Tembok Besar ini."

"Malaysia ingin mempertingkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan interaksi sosiobudaya dengan China, terus meneroka potensi kolaborasi BRI sekali gus membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan bilateral," kata Zambry. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan