- Lain-lain
AS Digesa Cepat Berkongsi Data Varian Baharu
Amerika Syarikat (AS) digesa secepat mungkin berkongsi maklumat dan data mengenai penularan wabak COVID-19 di dalam negerinya dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa, di samping meningkatkan keberkesanan dalam mengawal penularan wabak.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam ketika menjawab pertanyaan tentang adakah AS telah berkongsi maklumat dan data berkaitan XBB.1.5, yang sudah mengganti BQ.1.1 menjadi virus nombor satu dalam penularan COVID-19 di dalam negerinya dewasa ini dengan China atau tidak.
Wang berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu sejak tercetusnya COVID-19, hampir kesemua varian virus COVID-19 pernah berleluasa di AS yang turut muncul sebagai salah satu negara yang terdapat paling banyak varian. Lebih 40% kes jangkitan di AS dilaporkan berpunca dari XBB.1.5, virus yang paling ganas dan aktif pada masa ini.
- Tiada Mutasi Baharu Ditemui dalam Strain Dominan di China
- Pempolitikan Wabak COVID-19 Perlu Dielak
- China Sentiasa Aktif Sertai Kolaborasi Lawan Wabak
- Pelarasan Tahap Pengurusan COVID-19 Permudah Pergerakan Rentas Sempadan
- Tiga Tahun COVID-19: Cabaran dan Peluang Baharu
- China Harap Perjalanan Individu Dipulihkan dan Dimudahkan
- Langkah Kawalan Wabak Diubahsuai Mengikut Perkembangan Situasi
- China Umum Peraturan Baharu Mudahkan Pergerakan Rentas Sempadan
- Tingkatkan Perlindungan terhadap Keselamatan Nyawa dan Kesihatan Rakyat: Xi
- Faktor China Kekalkan Sekatan Ketat COVID-19 Selama Tiga Tahun