99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menteri Luar China Garis Tugas Utama Diplomasi Tahun 2023

(CRI)Isnin 26 Disember 2022

Kerajaan China akan melaksanakan sepenuhnya dasar-dasar yang ditetapkan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dan melakar dimensi baharu dalam usaha diplomasi bercirikan China pada 2023.

Komitmen itu disuarakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika menggariskan enam tugas utama dalam bidang diplomasi yang bakal dijayakan pada tahun hadapan.

Beliau menekankan peri pentingnya usaha dipergiatkan untuk memastikan aktiviti diplomasi membabitkan kehadiran ketua negara berjalan lancar.

“Kami (Kementerian Luar) akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan diplomasi negara dan tugas penting lain pada tahun depan, di samping bertindak balas terhadap risiko dan cabaran luaran,” kata Wang pada simposium mengenai situasi antarabangsa dan hubungan luar China menerusi pautan video, pada Ahad.

Beliau menyatakan China akan mengembangkan pola diplomasi menyeluruh dengan keselarasan, antaranya termasuk memperdalam perkongsian kerjasama strategik komprehensif dengan Rusia dan membawa kembali hubungan China-Amerika Syarikat (AS) ke landasan yang betul.

“Usaha akan dilakukan untuk memastikan hubungan China-Eropah kekal kukuh serta rasa saling percaya dan ikatan muhibah sesama negara jiran terus utuh, di samping memantapkan kolaborasi dengan negara membangun,” ujar Wang.

Beliau mengulangi pendirian Beijing ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Berdasarkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global, China akan menegakkan sistem antarabangsa yang berpusatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan orde dunia berlandaskan undang-undang antarabangsa.”

“Demi pembangunan dan keselamatan global, kami berharap lebih banyak konsensus dibina, dengan membabitkan lebih banyak pihak menerusi tindakan bersepadu,” kata Wang.

Melihat kepada keadaan baharu dalam tindak balas COVID-19, menteri luar itu berjanji China akan memudahkan lagi pergerakan rentas sempadan, menyumbang kepada kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, serta memupuk pemacu baharu kepada pembangunan sejagat.

Wang turut menyuarakan iltizam untuk membina barisan pertahanan yang lebih kukuh bagi melindungi kepentingan negara, dan berinisiatif secara strategik dalam pembangunan serta keselamatan negara.

“Kami juga akan memberikan fokus kepada komunikasi antarabangsa.”

“Menerusi cerita menarik yang senang difahami, kami berharap dunia dapat memahami jalan pembangunan, visi dan sistem negara kami,” jelas beliau.

Gaya Hidup