99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Gariskan Landskap Pembangunan Pertanian yang Holistik

(CRI)Isnin 26 Disember 2022
China Gariskan Landskap Pembangunan Pertanian yang Holistik

Sidang Kerja Desa Kerajaan Pusat China diadakan di Beijing pada 23 hingga 24 Disember, bagi menggariskan landskap mempergiatkan modenisasi dalam sektor pertanian dan pembinaan desa serta mendorong kebangkitan desa dengan menyeluruh.

Presiden China, Xi Jinping dalam sidang itu menekankan bahawa pembangunan negara ke arah yang kuat dalam bidang pertanian merupakan telapak bagi pembangunan negara sosialis ke arah yang moden dan holistik. Pembangunan pertanian perlu dipacu berdasarkan tata hukum negara sendiri. Semangat berdikari juga diperlukan untuk memastikan pembekalan bijirin terjamin, membangunkan pertanian karbon rendah dan memperjuangkan pencapaian kemakmuran bersama secara bertahap.

Xi menekankan bahawa memastikan bijirin dan produk pertanian penting berada dalam pembekalan yang stabil dan selamat sentiasa merupakan tugas utama dalam pembangunan negara ke arah yang kuat dalam bidang pertanian.

Xi menyatakan bahawa tugas utama bagi pembangunan negara ke arah yang kuat dalam bidang pertanian pada era baharu adalah mendorong kebangkitan desa dengan menyeluruh, khasnya dari segi keanggotaan, aset dan jaminan kewangan.

Xi akhirnya menekankan, kelengkapan dan infrastruktur di kawasan desa juga perlu ditambah dan dibaikpulih bagi memudahkan perkhidmatan awam dan meningkatkan tahap keselesaan hidup kaum tani yang dijangka berkembang ke arah moden dan bertamadun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan