- Lain-lain
Fed Dijangka Naik Lagi Kadar Faedah
(CRI)Isnin 12 Disember 2022
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka menaikkan lagi kadar faedah pada 14 Disember, dengan kadar peningkatan yang lebih rendah berbanding empat kali sebelum ini.
Demikian menurut laporan Cable News Network (CNN) pada Ahad.
Terdahulu, Fed meningkatkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 mata asas pada bulan Jun, Julai, September dan November.
Tindakan itu menjadikan kadar faedah persekutuan berada dalam julat antara 3.75 peratus hingga 4 peratus, sekali gus mencipta rekod paling tinggi sejak Januari 2008.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang