99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Semarakkan Semangat Muhibah, Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab

(CRI)Isnin 12 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa China dan negara-negara Arab sebagai rakan kongsi strategik, harus mewariskan dan menyemarakan semangat muhibah, meningkatkan perpaduan, dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang lebih erat demi manfaat rakyat dan pembangunan umat manusia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk “Semarakkan Semangat Muhibah China-Arab, Bersama-sama Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab pada Era Baharu” dalam Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab pertama yang diadakan di Riyadh pada Jumaat.

Xi berkata, persahabatan dan pertukaran antara China dengan negara-negara Arab bersejarah lama. Kedua-dua pihak berkenalan pada zaman Jalan Sutera purba, saling menyokong dalam perjuangan demi kemerdekaan bangsa, bekerjasama dan saling menguntungkan pada era globalisasi ekonomi, mempertahankan keadilan semasa situasi global berubah-ubah, sekali gus memupuk semangat persahabatan China-Arab, iaitu “tolong-menolong, sama rata dan saling menguntungkan, inklusif dan saling belajar”.

Beliau menegaskan bahawa pada masa ini, dunia telah memasuki fasa pergolakan baharu, manakala rantau Asia Barat pun sedang mengalami perubahan besar. Dalam konteks ini, aspirasi rakyat Arab terhadap keamanan, pembangunan, keadilan dan kesamarataan menjadi lebih kuat.

Oleh itu, Xi berkata, China dan Arab harus meningkatkan sinergi untuk membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat untuk memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Sidang kemuncak itu turut mengeluarkan Pengumuman Riyadh. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan