99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Thongloun Sisoulith, Saksi Pembangunan China

(CRI)Khamis 01 Disember 2022

Presiden Laos, Thongloun Sisoulith mengadakan lawatan rasmi ke China mulai 29 November.

Untuk rekod, beliau telah pelbagai kali melawat China dengan lawatan pertamanya adalah pada 1970, iaitu ketika beliau masih seorang belia berusia 20-an.

Semasa tempoh Perang Vietnam pada tahun 1960-an hingga 1970-an, Amerika Syarikat (AS) melancarkan “perang rahsia” terhadap Laos dan melepaskan bom seberat lebih dua juta tan ke negara itu.

Untuk menyokong Laos mengharungi peperangan, China membina Sekolah Persahabatan China-Laos di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi yang bersempadan dengan Laos.

Thongloun berpeluang mengikuti pelajaran di sekolah itu dan ia juga merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke negara ini. Pada zaman itu, seramai kira-kira 500 pelajar Laos dihantar mengikuti pelajaran di China.

Sejak tahun 1970-an, Thongloun telah beberapa kali melawat ke China yang sedang mengalami perubahan besar dalam tempoh itu.

Lima dekad sudah berlalu, Thonglun dan pemuda-pemuda yang pernah mengikuti pelajaran di China tersebut telah menjadi tenaga penting dalam pelbagai lapisan masyarakat di Laos, selain turut menjadi saksi bagi perubahan besar di China.

“Kini, ekonomi China berkembang dengan stabil, negara aman dan mampan, kedudukannya di arena antarabangsa semakin tinggi, sementara peranan dalam negara-negara membangun kian besar.

“China telah menjadi tonggak penting dalam pemeliharaan kedamaian dan kestabilan dunia,” kata Thongloun.

Beliau berkata bahawa Laos juga merupakan negara membangun sama dengan China.

“Kedua-dua negara perlu saling menyokong untuk membangun secara komprehensif, meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan, ekonomi, pelaburan, perdagangan dan sumber manusia, bekerjasama untuk membina dunia multilateral, mengembangkan globalisasi, bekerjasama dan tolong-menolong untuk membina dunia yang lebih sejahtera,” ujar Thongloun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan