99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Argentina Ikrar Pergiat Kerjasama Komprehensif

(CRI)Rabu 16 November 2022

Selaku negara membangun utama dan pasaran baru muncul, China dan Argentina perlu merangka cetak biru untuk pembangunan hubungan bilateral dari perspektif strategik, sekali gus memantapkan lagi perkongsian strategik komprehensif.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez di Bali, Indonesia pada Selasa.

Xi turut menyuarakan keinginan untuk mempertingkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus negara dengan Argentina.

"Kedua-dua pihak harus mempergiatkan kolaborasi dalam bidang budaya, media, pendidikan, sukan dan belia, menggerakkan pembangunan berkualiti berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping memperluas usaha sama membabitkan pertanian, tenaga, infrastruktur dan angkasa," katanya.

Xi juga menyatakan kesediaan China untuk terus mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Argentina.

Sementara itu, Fernandez berkata Argentina kekal sebagai rakan dan sahabat bagi China, dan mahu merancakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kewangan.

"Argentina ingin bersinergi menggalakkan pembinaan BRI ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama negara," kata beliau.

Fernandez turut meluahkan harapan agar penyelarasan dan kerjasama dengan China di bawah kerangka BRICS serta rangka kerja pelbagai hala yang lain terus diperkukuh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan