99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pertemuan PM China-Singapura di Phnom Penh

(CRI)Isnin 14 November 2022

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.

Li Keqiang berkata, Singapura merupakan antara negara pelabur yang penting bagi China. Jumlah perdagangan bilateral dijangka akan menyaksikan satu lonjakan baharu. Kedua-dua pihak diharap secepat mungkin memulakan rundingan selanjutnya setelah berakhirnya penaiktarafan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), bersama-sama bertekun melaksanakan perancangan dan pembangunan tentang laluan perdagangan darat-laut yang baharu di peringkat antarabangsa, memacu pelaksanaan projek ikon dalam kerjasama bilateral, dan melindungi keselamatan dan kelancaran rantaian industri dan pembekalan. China bersedia bersama dengan negara-negara ASEAN termasuk Singapura, menggalakkan integrasi ekonomi serantau sekaligus mendorong perkembangan hubungan bilteral secara lestari dan mantap.

Menurut Lee Hsien Loong, pihaknya mengalu-alukan permohonan China untuk menganggotai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital dan menyokong keanggotan China dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP).

Gaya Hidup